Di sini aku nak cerita serba sedikit pengalaman yang aku lalui untuk di kongsikan bersama semasa melakukan aktiviti lawatan ke rumah AZAM Kerja... nak tahu apa itu apa dia AZAM kerja ini dia serba sedikit tentang AZAM Kerja:-
Projek AZAM Kerja merupakan salah satu daripada empat projek di bawah
program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) selain AZAM Niaga, AZAM Tani
dan AZAM Khidmat bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah rakyat
berpendapatan rendah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama
Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Adalah diharapkan menjelang akhir Disember 2010 golongan miskin tegar dan miskin ini akan berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dan
mencapai sasaran Kerajaan dalam memastikan tiada rakyat yang
ketinggalan dalam pembangunan sosial negara.
AKTIVITI LAWATAN KE RUMAH PESERTA AZAM KERJA
Aktiviti lawatan ke rumah peserta AZAM Kerja bagi menawarkan
pekerjaan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)
berdasarkan senarai eKasih akan dilakukan oleh Pegawai Tenaga Kerja
melalui sistem Pegawai Angkat. Aktiviti ini tidak melibatkan majikan
tetapi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menawarkan sekurangkurangnya
3 kekosongan jawatan untuk dipilih oleh peserta.
Aku selaku Jurubahasa yang berkhidmat di Pejabat Tenaga Kerja Marudi Sarawak turut terlibat sama untuk turun padang untuk membuat lawatan ke Rumah peserta AZAM kerja.. hehe(pegi jalan2 kita).. Pada 8-9 Disember 2010 yang lepas aku dan seorang lagi rakan sepejabat En. Fauzal(boy) pergi membuat lawatan meliputi kawasan Lapok iaitu di 3 tempat..Long Maro, Long Sepiling dan Long Tabing... Untuk menuju ke destinasi kami perlu menggunakan jalan air..iaitu dengan menggunakan bot...kami memulakan perjalanan pada jam 8.00 pagi dan perjalanan yang sebegini memang memerlukan kesabaran kerana memakan masa yang agak lama...(memang makan masa satu hari perjalanan)
Naik Perahu..
Sebelum nie bukan pernah naik perahu..tapi ini kali pertama aku naik perahu menyusuri sungai baram.. sebenarnya risau jugak sebab..aku nie x berapa pandai sangat berenang, bukan x pandai langsung yer pandai skit2 jer kira 50-50 lah..apa2 pun kita mesti think positive heheheh memang pengalaman yang menarik dan dapat aku lupakan.. Panorama yang indah sekali semasa menyusuri sungai melihat nelayan2 sungai mencari rezeki, melihat aktiviti2 harian surirumah tangga di rumah panjang membasuh kain, kanak2 yang riang gembira bermandi-manda tidak lupa juga pemandangan kapal menunda log2 balak dari pendalaman..hahaha.. cuma satu jer yang x nampak, abang2 buaya yang bersidai kat tepi tebing...fuhh nasib x nampak, diorang x berani kuar sebab ada buaya besar dalam perahu iaitu Syeikh Asyrani Al-Buaya..hahaha.. klu nampak binatang tu memang kecut jugaklah... nak cari peserta AZAM kerja kat area Lapok ni ambil masa 2 hari 1 malam.. kami terpaksa bermalam di kawasan pendalaman best jugaklah..(pengalaman tu..klu saja2 pegi x derlah jawabnya..hahaha x dapek den nak nolong)...
Rumah Panjang Long Maro, Tinjar. Baram Sarawak
Rumah Panjang Long Sepiling, Tinjar. Baram Sarawak.
Sesi Melapik Perut di dalam Perahu... Roti dan Tuna Nyum2.. (^^,)
Stesen Minyak Sungai..Untuk Perahu yang lalu lalang... hehe
Salah satu cabaran naik perahu waktu hujan... terpaksa berselimutkan kanvas...
Pemandu Bot dan Pemandu Arah yang berpengalaman(OTAI)
SECOND TRIP......
Pada hari berikutnya iaitu pada 10-11 Disember 2010 pulak aku di temani oleh En. Johnley pulak...kali nie perjalanan lebih mencabar sebab kami guna Pacuan 4 Roda(4x4) untuk pegi kawasan Ulu Teru..hari sebelumnya iaitu pada 9 Disember 2010, aku sempat balik ke Marudi sekejap, lepas tu 10 Disember 2010 aku keluar lagi... kami bertolak dari Pejabat pada pukul 8.00pagi, perjalanan ambil masa satu hari jugaklah..perjalanan kali aku rasa macam perjalanan Off road Rainforest's Challenge jer..hehe. klu sesetengah orang yang badan badan tak kuat tu.. memang sengal-sengal kalau tak pun yang mana tak tahan jalan jauh konfom muntah2 and pening.
aku yang yang penumpang yang duduk di seat belakang melantun-lantun, melambung2 rasa macam naik rollercoster jer...Alhamdulillah kami tiada menghadapi masalah semuanya berjalan dengan lancar.. cuma ada satu kampung yang x dapat kami masuk sebab jalan putus di sebabkan banjir... semasa dalam perjalanan merentasi hutan...keadaan jalan Ya Allah dasyatnya macam tempat kerbau berkubang jer jalan...kereta bergerak ke kiri dan ke kanan dah rupa ikan keli jer...terlintas kat pikiran aku, manusia dapat hidup kat mana2 pun walau dlm hutan banat ada jugak manusia..dan sesungguhnya manusia itu adalah ciptaan manusia yang paling sempurna..campaklah ke mana pun walaupun smpai ke artik manusia boleh hidup dan menyesuaikan diri..
Kerana akal inilah manusia menjadi makhluk yang paling sempurna. Sesungguhnya kita memang tidak akan mampu mengejar ataupun tidak akan menyamai dengan hasil ciptaan Allah s.w.t. . Mata yang mampu melihat, telinga yang mampu mendengar, lidah yang mampu berkata-kata indah. Dari manakah datangnya kemampuan itu?
Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T di atas segala kurniaanNya dan semoga kita saling ingat mengingati sesama kita. Terkadang, aku juga terlupa akan segala nikmatNya dan lalai dengan segala kemudahan yang diberi. Ya Allah, jadikanlah aku dan semua saudaraku sebagai hamba-hambaMu yang bersyukur.(eh..eh... bagi ceramah, rasa macam ustaz la pulak... hahaha)
apa2 pun trip masuk ke dalam kawasan pendalaman memang best dan akan terpahat dalam hati sebagai pengalaman yang berharga..
Jalan menuju ke Rumah Embam, Sg Sebubu,...
Keadaan jalan yang berlumpur dan licin.....
Sempat lagi bergambar di simpang antara Sungai Sebubu dan Long Banyok