Saturday, June 4, 2011
Bosan...
Friday, June 3, 2011
Happy Birthday To Me...(Secebis tentang diriku)
Tahun ini genap umurku mencecah 26tahun pada Mei yg lepas..muda lela lagi mak aku kata...hehe walaupun muka agak"matang" x padan ngan umor hehe...sorry yer, aku saja x nak bagitau bila tarikh hari jadi aku, Rahsia....aku nak Insan2 yang sayangi dan terdekat ngan aku jer yg tahu.....hehe klu nak tahu tarikh lahir aku yang sebenar mengikut kalendar hijrah pada bulan Ramadan 1405H...tarikh rahsia jugak..hehehe bulan puasa time org tengah berbuka aku lahir, pada pukul 7.35pm waktu Taiping,Perak.
Friday, April 15, 2011
Cuti- Cuti Sabah
Thursday, February 17, 2011
Untukmu, ... Sahabatku... Kawanku
Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meningggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untum memulakan penghidupan baru... . Setelah sehari berjalan tiba² tercetus perselisihan faham antara mereka ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.
Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya tanpa berfikir panjang menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang di tampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian..
Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.
'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri...
Mereka terus berjalan mertedah hutan dan bukit hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu² besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.
Entah bagaimana, tiba² sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu di hanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap itu berjaya menyelamatkannya.
Di atas tebing yang di penuhi batu² besar itu , sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah berjaya menyelamatkannya. Kemudian, dia mengukir pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.
Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga². Dia bertanya, "selepas aku menampar mukamu kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau ukir pula di atas baru... kenapa ? "
Jawab sabahat yang bertubuh kecil, "apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya"... .!