Saturday, June 4, 2011

Bosan...

Kebosanan, itu saja kata yang dapat dikatakan bila tibanya hari cuti di kawasan Marudi, yang sejahtera ini....minta maaf terlebih dahulu teman ucapkan kepada Marudian yer, sebab apa yang teman rasa itulah yang teman cakap....setelah tiga tahun teman menetap di sini rasa bosan menghantui, tiada aktiviti yang hendak teman lakukan....sebagai orang luar memang teman bosan sebab masih tak dapat membiasakan diri, bukan apa di Marudi yang sejahtera ini agak sukar untuk teman keluar ke bandar, bukan x der jalan, jalan ada tapi tidak selesa, bukan jalan yang berturap tp jalan ladang kelapa sawit...nak keluar pun terpaksa tengok keadaan cuaca, cuaca bagus,,,baguslah, klu x bagus terpaksa pikir 2 kali, takut jalan licin terbabas dlm gaung pulak....peralanan yang sepatutunya hanya patut mengambil masa 1 jam sahaja terpaksa di tempuh selama hampir 2 jam perjalanan....
apabila di fikirkan tentang kos perjalanan pergi dan pulang sahaja sudah RM 80 ,klu guna transpot 4wheel drive, duduk didalam kereta berhimpithimpit seperti sardin tp teman x kisah sangat janji teman dapat selamat sampai ke destinasi dengan selamat, keadaan dan suasana seperti ini teman ceritakan ibuku, ternyata ibuku dapat membayangkan keadaan seperti yang teman ceritakan, ibuku mengatakan suasana seperti ini pernah di laluii di kampungnya semasa beliau muda remaja dahulu iaitu dalam lingkungan zaman 1970an.hmmmm...kiranya aku pernah merasai apa yang di rasai oleh ibuku 30 tahun yang dahulu.....no komen.
kalau teman di kampung isi jer minyak motor RM5 merayap le sesuka hati ke bandar-bandar yang terdekat yang mengambil masa 45minit @ 1jam tak payah nak tengok2 cuaca...aktiviti teman d kampung bila hari cuti jika cuaca panas hingga mengigit kulit "kompom"
teman akan pergi ke hutan lipur ulu licin yang terletak hanya 7km dari rumah....buat apa masuk hutan?? pergi mandi air terjunlah, untuk cool down...ya Allah bertapa nikmat dan segarnya badan apabila kesejukan air bukit membasahi tubuh badan...brrrrr!!!! sambil2 memasang goggle snorkling tengok telatah ikan-ikan tengas,anak2 sebarau bermain-main di celahan batu Subhanallah...indahnya ciptaanMu. kalau tak nak mandi sungai pergi mandi laut di Teluk batik ataupun pergi segari dekat jer bukan jauhpun...hehehe itu baru skit jer aktiviti yang di lakukan klu nak cerita panjang lagi,tp setakat ni jer kot, malas teman nak citer lagi.....ahhh betapa rindunya teman dengan kampung halaman.......sedangkan tempat terjatuh lagi dikenang inikan pula kampung sendiri....

Antara port2 dan spot2 teman tenangkan diri, mempertajamkan Ilmu persilatan(sampai kena
kacau putri bunian..hehehe) dan tempat teman cool down dikala hari panas yang menggigit....

Friday, June 3, 2011

Happy Birthday To Me...(Secebis tentang diriku)


Tahun ini genap umurku mencecah 26tahun pada Mei yg lepas..muda lela lagi mak aku kata...hehe walaupun muka agak"matang" x padan ngan umor hehe...sorry yer, aku saja x nak bagitau bila tarikh hari jadi aku, Rahsia....aku nak Insan2 yang sayangi dan terdekat ngan aku jer yg tahu.....hehe klu nak tahu tarikh lahir aku yang sebenar mengikut kalendar hijrah pada bulan Ramadan 1405H...tarikh rahsia jugak..hehehe bulan puasa time org tengah berbuka aku lahir, pada pukul 7.35pm waktu Taiping,Perak.
Sebenarnya waktu aku selamat dilahirkan ada perkara aneh yang berlaku pada aku,(sorry x boleh citer kat sini...rahsia...hehe)perkara ini juga di iyakan oleh opah...,tapi apa pun aku adalah seorang anak lelaki tunggal dlm keluarga dan aku yang paling susah untuk di lahirkan, tali pusat terjerut di leherku sewaktu aku hendak dilahirkan senang kata susah nak keluar, sampai bidan terpaksa azan baru dapat keluar, ibuku berhempas pulas bertarung nyawa untuk melahirkan aku,,,,pengajaran kat sini jgnlah menderhaka,jgnlah lawan cakap mak yang telah menyabung nyawa melahirkan kita.
Potong cerita, pada 1 dan 2 jun yang lepas PTK Marudi telah mengadakan hari keluarga di Luak espalanade Miri,Sarawak. Berbagai-bagai aktiviti yang d jalankan(sangat menghiburkan).Pada sebelah malamnya pula ada dinner dan BBQ, tanpa di sangka2 suprise!!! rakan2 sekerjaku telah merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untukku yang telah berlalu pada bulan Mei yang lepas(tarikh masih di rahsiakan..hehe)dan sambutan hari jadi untuk Pn. Ramimi yang akan datang pada 7 Jun....
Untuk makluman, sebenarnya aku tak pernah pun menyambut hari jadi, pada umur 26 tahun nie merupakan yang pertama bagiku,....bukan apa sebab aku nie orang kampung jer, tak biasa sangat ngan sambutan2 yang macam nie..hehe apa2 pun Jutaan terima kasih sesangat kepada semua yang telah mengadakan suprise..susah2 jer..(^^,)..aku berasa sangat terharu dan gumbira...sambutan hari jadi kepada staff2 yg lain sambut kat Ofice jer,tapi sambutan hari jadi Kak Mimi dan aku special sikit sebab di sambut d Miri...tapi tak sempat nak berucap tapi aku masih sempat tuju lagu..hahaha....tapi dalam kegembiraan itu ada rasa sikit sedih sebab aku sorang2 jer kat sini, orang2 yang aku sayang tak der dgn aku...semuanya berada jauh di sana, setiap kali aku merasa gembira aku mesti ingat dgn orang yang aku sayang, bukan apa, aku jenis org yg suka share kegembiraan aku ngan insan yg aku sayangi :P...itulah aku (alamak cengeng pulak aku nie..hehehe)
Umur dah cecah 26 tahun mesti yang tanya pasal jodoh,kawan2 sebaya hampir semua sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak..,tapi aku hehehe biarlah masa yang menentukan.........(Rahsia....hehehe)