Edisi muka tak tau malu...hahahaha
Sunday, July 28, 2013
Alamak Spoil Mic Rosak (suara aku yang rosak sebenarnya...hehe)
Inilah aktiviti yang tidak bermoral yang aku lakukan tiap-tiap minggu bila pagi-pagi time bangun tido, mengganggu jiran tetangga dengan suara aku...hahaha mcm nie lah suara aku bila bangun tido, tapi syang suara aku tak jelas sangat sebb mic dekat headphone tu mcm ada masalah...
Monday, July 22, 2013
Aktiviti Aku Sejam Sebelum Berbuka Puasa (Video)
Post saja-saja hilangkan bosan, aku sebenarnya nak kongsi sikit apa yang aku selalu buat sejam sebelum aku berbuka, mungkin aktiviti yang aku lakukan mungkin tidak normal bagi pandangan sesetengah orang sebab bulan puasa, mungkin sesetengah orang kata alah normal lah tu, lagipun benda nie dah jadi macam aktiviti harian nak kata rutin tu tak jugak..apa-apa pun bulan puasa membuat aku lebih fokus..(target bulan puasa nie nak kurang segala KG yang ada...hahahaha)
p/s: kalau tuan rumah tahu aku bergayut kat grill rumah dia mampus aku...hehehehe
Saturday, July 20, 2013
Titik Perubahan Aku Menjadi Manusia
Berhijrah dari tidak baik kepada yang lebih baik, seperti yang kita sedia maklum semua benda boleh berubah, hati dan perangai manusia juga boleh berubah apabila mereka menemui titik perubahan, aku yang degil dan mempunyai hati yang memberontak juga satu ketika dulu (mungkin masih degil kot..hehe) pun berubah kerana sesuatu perkara. bukan nak meng"up"kan diri sendiri atau apa, cuma ingin berkongsi sedikit cerita cuma, mungkin ada pengajaran ingin di kongsi bersama walaupun sedikit
Bukannya ingin membuka pekung di dada, cuma ingin memberitahu sesuatu . aku akui sebenarnya aku bukanlah seorang boleh dikategorikan sebagai seorang anak yang baik, :'(.. kadang-kadang aku melawan balik cakap, terlalu mengharapkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu , malas dan tak nak berdikari, tak nak dengar cakap dan mendengar nasihat sebab hati ini sangat keras untuk di bentuk, jika di renungkan semula terlalu banyak sifat negatif kat dalam diri ni, Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku terhadap kedua orang tua ku, terlalu banyak beban yang telah aku letakkan ke atas bahu mereka :'( .
Tetapi ada beberapa perkara yang telah merubah segalanya, cerita ni memang tak ada sorang manusia pun yang tahu, kini akan ku ceritakan salah satu daripada perkara tersebut mungkin perkara tersebut agak kecil sesetengah orang tetapi impaknya agak besar bagiku dan merupakan permulaan titik perubahan dalam diri semuanya bermulanya dari rasa empati
Pada 05 Mei 2007 lebih kurang dalam antara jam 5.00pagi ataupun 6.00pagi handphone ibuku berbunyi abang iparku membuat panggilan, sebab tiada siapa yang nak menjawap telefon aku pun menjawap panggilan tersebut, aku tak ingat ke mana semua orang pergi waktu tu entah aku pun dah tak berapa ingat. yang nak tergelaknyer boleh aku tanya masa abang ipar aku kata "kakak kamu tengah sakit sekarang nie" aku pun jawab " haa, tengah sakit, yong sakit apa?" orang tengah sarat mengandung boleh aku tanya sakit apa..haha "sakit apa, sakit nak beranak ler" abang ipar aku jawap balik, memang tak di nafikan aku mempunyai tahap blurr yang kronik pada masa tu...haha
Perkara tersebut telah aku maklumkan kepada ibuku, pada pagi tu jugak ibu dan ayahku terus memecut pergi ke KPJ Ipoh Specialist Hospital, jarak rumah ke ipoh adalah dalam sejam lebih. aku tak pergi sebab aku berkerja pada hari tu,dalam tengahari pada pukul 11.00pagi (betui ka?) haha...aku menerima berita kakak ku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. di pendekkan cerita pada petang tu waktu balik kerja ayah balik rumah untuk amik aku bawa pergi hospital sekali.
Detik perubahan pada diriku pun bermula sebaik saja aku menjejakkan kaki ke dalam wad, aku melihat wajah-wajah yang disinari dengan keceriaan dan dipenuhi kebahagiaan terutama sekali wajah kedua orang tua ku almaklumlah menyambut cucu pertama, ayah suruh aku mendukung bayi tersebut tapi aku menolak sebab aku takut, aku ni kasar sikit...hihi bayi tu pulak nampak kecik jer dan fragile :p, kelahiran seorang manusia merupakan suatu keajaiban dan keajaiban itu juga menyelubungi aku yang menyebabkan aku berubah.
Aku hanya duduk dan memerhatikan, semua yang ada sekekiling amat gembira aku dapat melihat curahan kasih sayang di beri oleh ayah dan mak terhadap insan yang baru dilahirkan, bagaikan menatang minyak yang penuh. aku bermonolog sendirian di dalam hati, mungkin masa aku dilahirkan dahulu begitu juga kasih sayang yang aku terima, dari sebesar tapak tangan aku di besarkan dengan curahan kasih sayang yang melimpah ruah dan tidak berbelah bagi,sehinggalah aku membesar menjadi remaja, berbagai-bagai persoalan yang menusuk di benakku apakah balasanku terhadap orang tuaku setelah kasih sayang yang di berikan? adakah dengan keras kepalaku, atau dengan hati yang keras suka memberontak ini, segala "flashback" berputar semula di dalam pemikiran dari aku kecik sampai besar, banyaknya dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan :'( , adakah aku membalas madu denga tuba...aku termenung sendirian tidak banyak berkata-kata, "Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibubapa ku,," kalimah yang berulang-ulang di dalam hatiku. sejak dari hari itu aku telah berjanji walaupun di dalam hati aku tak nak mebebankan mereka lagi malah akan melakukan perkara yang sebaliknya, aku akan melakukan sebaik mungkin untuk mengembirakan dan menyenangkan hati mereka...hingga ke hujung nyawa ku Insya Allah :')
Subscribe to:
Posts (Atom)