Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H/2010M

In the name of GOD, Most Gracious, Most Merciful

Saya Mohd Asyrani bin Junaidi(Angah) merupakan anak rantau di Marudi,Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Qurban, Selamat Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1431hijrah bersamaan 17 November 2010M (cewah rasa macam pemegang mohor besar raja2 pulok..hahaha) kepada semua Muslimin dan muslimat . Dan tidak lupa juga kepada yang menunaikan ibadah Haji marilah kita berdoa agar kesemua jemaah kita dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan agar amal ibadat mereka diberkati Allah s.w.t. serta dapat pulang ke tanahair dengan selamat. Kepada yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya(kt Marudi pun sama don't eat lemang n drive walaupun jalan kt marudi x jauh mana..hehe jgn marah aa..)

Tambahan kenderaan kat sini(Daerah baram)tidak lupa juga kepada sesiapa yang pulang menaiki bot ekspress kalau ekspress penuh janganlah risau(anang irau) ekspress tambahan(ekspress Sekolah warna kuning mcm bas sekolah) akan di sediakan..muahahaha(dr sumber-sumber yang x boleh di percayai/x boleh pakai punyer).

Tahun ni merupakan kali ke-3 aku beraya kat sini(Sarawak), setakat ni Oklah.. tapi tahun nie rasanya mcm lain skit sebab paras air yang meningkat..rasa2nye tahun nie beraya rumah orang pakai sampan kot sebab dah ada tanda2 macam nak banjir jer nih...(mintak di jauhkan) apa-apa pun saya ingin sekali lagi mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA,,,, selamat beramal

Cool x kambing nie?...hehehe "kambing yang macho"






No comments: