Tahun ini genap umurku mencecah 26tahun pada Mei yg lepas..muda lela lagi mak aku kata...hehe walaupun muka agak"matang" x padan ngan umor hehe...sorry yer, aku saja x nak bagitau bila tarikh hari jadi aku, Rahsia....aku nak Insan2 yang sayangi dan terdekat ngan aku jer yg tahu.....hehe klu nak tahu tarikh lahir aku yang sebenar mengikut kalendar hijrah pada bulan Ramadan 1405H...tarikh rahsia jugak..hehehe bulan puasa time org tengah berbuka aku lahir, pada pukul 7.35pm waktu Taiping,Perak.
Sebenarnya waktu aku selamat dilahirkan ada perkara aneh yang berlaku pada aku,(sorry x boleh citer kat sini...rahsia...hehe)perkara ini juga di iyakan oleh opah...,tapi apa pun aku adalah seorang anak lelaki tunggal dlm keluarga dan aku yang paling susah untuk di lahirkan, tali pusat terjerut di leherku sewaktu aku hendak dilahirkan senang kata susah nak keluar, sampai bidan terpaksa azan baru dapat keluar, ibuku berhempas pulas bertarung nyawa untuk melahirkan aku,,,,pengajaran kat sini jgnlah menderhaka,jgnlah lawan cakap mak yang telah menyabung nyawa melahirkan kita.
Potong cerita, pada 1 dan 2 jun yang lepas PTK Marudi telah mengadakan hari keluarga di Luak espalanade Miri,Sarawak. Berbagai-bagai aktiviti yang d jalankan(sangat menghiburkan).Pada sebelah malamnya pula ada dinner dan BBQ, tanpa di sangka2 suprise!!! rakan2 sekerjaku telah merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untukku yang telah berlalu pada bulan Mei yang lepas(tarikh masih di rahsiakan..hehe)dan sambutan hari jadi untuk Pn. Ramimi yang akan datang pada 7 Jun....
Untuk makluman, sebenarnya aku tak pernah pun menyambut hari jadi, pada umur 26 tahun nie merupakan yang pertama bagiku,....bukan apa sebab aku nie orang kampung jer, tak biasa sangat ngan sambutan2 yang macam nie..hehe apa2 pun Jutaan terima kasih sesangat kepada semua yang telah mengadakan suprise..susah2 jer..(^^,)..aku berasa sangat terharu dan gumbira...sambutan hari jadi kepada staff2 yg lain sambut kat Ofice jer,tapi sambutan hari jadi Kak Mimi dan aku special sikit sebab di sambut d Miri...tapi tak sempat nak berucap tapi aku masih sempat tuju lagu..hahaha....tapi dalam kegembiraan itu ada rasa sikit sedih sebab aku sorang2 jer kat sini, orang2 yang aku sayang tak der dgn aku...semuanya berada jauh di sana, setiap kali aku merasa gembira aku mesti ingat dgn orang yang aku sayang, bukan apa, aku jenis org yg suka share kegembiraan aku ngan insan yg aku sayangi :P...itulah aku (alamak cengeng pulak aku nie..hehehe)
Umur dah cecah 26 tahun mesti yang tanya pasal jodoh,kawan2 sebaya hampir semua sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak..,tapi aku hehehe biarlah masa yang menentukan.........(Rahsia....hehehe)
4 comments:
uuuu..sedihnya yOp..
Apa yang sedihnya.....hehe
yg ktk tulis ya la sedih...kisah hidup...
owh..x sangka boleh jadi sedih..huhu
Post a Comment