Monday, January 21, 2013

Makan kat rumah lebih jimat

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..


Suatu hari yang membosankan telah berlalu pergi meninggalkan kita, walaupun hari membosan isilah hari-hari anda dengan bermanfaat dan tambahkanlah amal baik Insya Allah (^ ^,),

Sepanjang hari minggu  dimanfaatkan untuk aku memasak, ya memasak memandangkan menghitung hari untuk menerima gaji, memasak adalah satu cara untuk orang bujang macam aku nie berjimat cermat ...wakaka melalui kajian yang telah dilakukan oleh Prof Algondo gondo(rekaan semata-mata) dr Afrika anda dapat berjimat cermat berbanding makan kat kedai.. :p cth: katakanlah anda Sarapan Pagi, Lunch, Dinner bagi seorang invidu ini cincai kiralah...

Sarapan Pagi  contohla Mee Goreng      RM 4.00      Teh O RM 1.00

Lunch   you hantam itu Nasi Campur      RM 6.00       Teh ais straw ikat tepi RM 2.00  :P

Dinner  belasah pulak Chicken Chop      RM 8.00       Milo Ais  RM 2.50

ini contoh jer ek tak de kena mengena dengan yang bakal dilahirkan ataupun yang akan mati....hehehe :P

makan RM 18.00 minum RM 5.50

RM 23.50

kalau hari-hari mandi toqq..

boleh beli barang dapur untuk dua, tiga hari tu....hehe (untuk orang bujang yg tinggal seorang dua bolehlah dua tiga hari)


oleh kerana itu aku ngan housemate telah bercucuk tanam di tepi rumah memandangkan ada sedikit ruang,
Insya Allah berbudi dengan tanah kita dapat hasilnya yer dak...Alhamdulillah kami dah pun merasa hasil tanaman kami  sendiri seperti cili, kunyit, kacang panjang dan lain-lain.


kadang-kadang kami akan mengail ikan, memandangkan memancing adalah satu minat kami jadi tak der masalah untuk pergi memancing kat mana-mana pun....ada rezeki adalah dapat ikan tak payah nak pergi beli pasar ikan tangkap jer ikan kat anak-anak sungai atau kat laut (tangkap ikan yer bukan tangkap anak ikan...ngeeee)

ada pulak yang tanya ko nie kedekut ek?
(senyum) terpulanglah kat korang nak fikir macam mana...

wasalam


Wednesday, January 16, 2013

Akhirnya Dapat Juga Berjogging

Bismillah.....

Merujuk tajuk perkara diatas(dah macam surat rasmi) setelah berapa lama "bercuti", akhirnya dapat jugak aku memecahkan peluh dan lemak (d bahagian abdomen terutamanya). kebelakangan nie cuaca di Miri tak menentu ada masa cerah,  ada masa mendung mungkin Miri dan kawasan yang sewaktu dengannya terkena tempias taufan sonamu, oleh itu saya berpesan kpd anda dan diri saya sendiri elakkan  dr bermain di tepian pantai.

Oleh kerana faktor hujan di sebelah petang hampir setiap hari,  program aku untuk membakar lemak (Cardio workout) aku terpaksa culik sorang budak gemuk kat dalam kampung nie lalu aku bakar  lemak2 yg ada pada tubuhnya menggunakan dapur gas...asalkan ada aktiviti pembakaran lemak di sebelah  petang...whahahahahahah (gelak syaiton).....takderlah aku taklah seteruk itu saje jer nak lebih2....hehehe klu waktu petang hujan aku akan buat Front support a.k.a Pumping a.k.a Tekan Tubi...a.k.a...a.k.a.... aku harus kekal cergas, klu tak esok hari nyer lemau jer nak turun kerja.....

Memandangkan petang tadi cuaca cerah, balik jer kerja aku terus tukar baju, tukar mata (contact lens) terus pecut ke tempat jogging terletak berdepan dengan Taman Awam...kalau di Marudi dulu aku selalu jogging di atas trek balapan, tapi kat sini agak mencabar aku terpaksa berjogging naik bukit dan turun bukit. memang kaki agak berat, sebab terpaksa berlari dan mendaki dalam masa yang sama....

Masa untuk mendaki bukit yeeha!!!! 
uncle nie macam tau-tau jer aku amik gambor dia




 what goes up must go down, senyum jer masa turun bukit waktu naik bukit sengsara rasa, sebenarnya kalau kita tengok di sebelah kiri kita boleh nampak laut tapi akibat jerebu x dapat aku nak amik gambor.




 waktu balik dari jogging ada kawan tumpang cuci motor kat rumah, aku duduk sambil tengok orang cuci motor terdetik dalam hati, bilalah aku nak dapat beli motor macam nie. tunggu peraduan gores dan menang jerlah....huhuhu
(tiba-tiba terpost perkara yang tak ada kena mengena dengan tajuk :P)




Waktu aku jogging dalam minggu lepas ada seorang uncle tu macam orang arab pun ada macam orang Pakistan pun ada..aku perasan dia ada perhati kasut aku masa aku tengah jogging, waktu aku amik nafas masa habis dia pun bertanya:-

Him: Your shoe is very light right?
Me: Yeah its kinda light.. :)
Him: You felt like floating when you run right?
Me: Hahaha....not really felt like floating, but its comfortable.
Him: How much do you pay for that shoe?
Me:  one hundred and fifty ringgit only
Him: in Miri ( dia macam tekejut)
Me : yeah in Miri, its just Gred 5A shoe made in Vietnam...:P kuang,kuang, kuang


hahaha mana tak tekejut dia tengok kasut Nike Airmax fitsole tapi harga RM 150 biar betik budak nie klu kat pasaran mungkin harga dia dlam RM 300++ or RM 400++, pengajaran nyer kat sini aku boleh kata aku beli kasut nie RM400++ tp aku tak nak membohong tambah2 lagi dengan orang tua, rasa bersalah sangat2 klu aku membohong, apa guna nak berlagak dengan orang lain bukan dapat apa2 pun...hehehe biarlah orang nak kata kita bendul, yang penting kita tahu siapa kita. heee (satu lagi post yang takde kene mengena dengan tajuk :P)

Sekian...

Sifat Aku Berdasarkan Nama

Bismillah

 Semasa waktu santai di dalm office, aku saja melayari web tiba2 aku terbuka satu web yang menarik perhatian...mengetahui sifat individu  di sebalik nama...hahaha aku suka main2 jer tapi tak percaya pun, apa yg digunakan adalah perkiraan matematik untuk mengetahui maksud nama...aku pun pun try dan inilah hasilnya....hahahaha rupanya sifat aku ada persamaan dengan sifat perkiraan nama  Adolf Hitler.....Hail Hitler!!


MOHD ASYRANI
Mengandung Arti:
- Kerusakan, kebinasaan dan kematian
- Sakit, Cacat, keributan, hukuman dan lupa pada kewajiban
- Kekuatan
- Durjana/tidak beribadah
- Berhasil dengan baik, cerdas dan beruntung
- Spiritual, mistik, kepercayaan pada roh
- Kesesatan dan kedukaan
- Kesempurnaan dan kebaikan
- Kebijaksanaan, penciptaan dan kegaiban
- Bengis, ketus dan kedukaan
- Ambisius/gemar/bernafsu mengejar kehormatan


p/s: naka main2 boleh percaya jangan...:)

Monday, January 14, 2013

HARI INI

Bismillah.....


Hari nie lain dari yang lain banyak benda yg menarik terjadi, mungkin tak menarik bagi orang lain,
waktu pagi dalam pukul 9.00a.m aku dengan bersemangatnya pergi ke OUM (Open University Malaysia) sbb nak tanya beberapa soalan untuk smbung belajar,(rasa teringin nak smbung IJazah) sampai2 kat depan pintu OUM alangkah kecewanye rupa-rupanya OUM Miri tutup hari Isnin :P buta jer aku pergi, ye lah manalah nak tahu hari isnin tutup selalunya semua kolej or bahagian pentadbiran beroperasi hari isnin.
(x pe sekurang-kurangnya dpt kuar jalan2 a.k.a rempit waktu kerja walau sekejap cuma)


Dah masuk tengahari pulak aku dapat berita yang kawan aku dapat transfer balik ke semenanjung, aku tumpang gembira jer sbb aku belum pernah mintak transfer lagi, bukan kawan di office jer kawan2 yang kerja kat tempat lain pun dapat pindah jugak, diorang dapat transfer mungkin ada intake baru yang akan ganti diorang.

Masuk petang pulak bila masuk waktu asar, seperti kebiasaanya aku akan ke masjid untuk berjemaah sebb masjid sebelah office jer jadi tak ada alasan nak elak berjemaah. elok2 masuk pintu masjid jer aku tersentap sekejap sebab ada jenazah wanita (klu x silap) dekat depan pintu masuk...aku terus befikir macam2 apalah nasib si mati nie...lepas tu aku x sengaja terfikir macam mnalah klu aku duduk kt tempat dia,,,adakah pahala aku berat di sebelah kanan or berat sebelah kiri..... Ya Allah ampunkanlah dosa2ku...... Allah telah mengingatkan aku tentang mati... Alhamdulillah.

pukul 4.32petang punch card merempit balik kerumah, ingatkan nak jogging petang nie tp apakan daya cuaca tak mengizinkan hujan turun di petang hari, aku pun duduk di atas kerusi malas lalu mengupdate blog aku nie, tiba2 aku rasa nak masak cucur ikan bilis pulak, okay bye aku nak pegi masak cucur dulu (mane tak makin chubby tiap2 petang masak cucur)

                                                       kasut dah ready utk berjogging tak pe esok jerlah

Post Script: Majulah sukan untuk negara...eh x de kena mengena ek? ah lantaklah..... :P

Sunday, January 13, 2013

Aku yang mengenang sesuatu

Bismilllah...

wow lama dah tak  memblogkan diri, rasa-rasa macam aku update setahun skali jer blog aku nie (memang pun), dah nama pun dunia sepi amat sepi sekali hidup aku nie xde bende yg menarik yang belaku kat aku yeah my life is kinda boring(aiseh kecek org putih pulok)...takkan nak citer pasal masuk jamban, makan mee maggi di tengah malam, dapat MC 5 hari  :P, main konda-kondi dengan anak jiran takkan nak citer kan.kan..kan.. tp tak kisahlah masing2 punya hal semua bebas bersuara tentang apa yang diorang rasa...

Sebenarnya, bkn xde benda yg menarik yg belaku tapi aku sendiri tak perasan, masuk tahun nie 2013 dah nak masuk 5tahun aku di perantauan..... sepanjang 5tahun tu siapa sangka,  aku hidup berdikari, berlari, hati dicuri, kena duri,masak kari dan berbagai-bagai ri lagi....Siapa sangka aku yg orang kata anak manja (sbb aku anak jantan sorang dlm kluarga) x kisahlah mulut org....5 tahun yg lepas aku datang sorang diri ke bumi Sarawak nie, dh la first time naik kapal terbang dua kali flight pulak tu...merata aku tanya org, smpai org pun naik meluat, sbb klu malu bertanya sesat jalan betul tak...kan..kan..kan.. :)

Dari aku tak pandai masak sampai aku boleh memasak(sekarang nie pun aku x pandai masak just untuk lepas tengkuk sendiri jer..hehehe) rupa-rupanya memasak nie tak susah hanya perlu tahu bahan2 asas jer, sonang baitu, dari diri nie tak terurus muka berminyak, badan x jaga sampaila terurus skit atas motiBASI diri sendiri...dari xde apa2 sampai lah ada motor dan kereta sendiri(walaupun kereta ada kat kampung), tapi dari segi jodoh jeng..jeng..jeng aku tak nak cerita lebih2 biarlah aku redha dengan ketentuan Ilahi (fulamak macam lirik lagulah) Lisa kenapa ko kawin dengan Yusry ko kata nak tunggu aku..wahahahaha okey itu dah melebih2 nama dia..

Pagi tadi Ayah aku ada call, terkejut gak sebab ayah selalu telefon cellphone(amboi cellphone, AMARIKA mu) aku tapi tadi call telefon rumah aku, ingatkan siapa tadi...dia call tanya aku nie dah lama kat rantauan orang bila lagi nak balik, aku pun tak tau nak cakap mcam mana apa yang mampu cakap tengoklah dulu, ye lah kami jumpa pun dalam setahun dua tiga kali jer paling lama aku balik kampung pun 2 minggu jer. korang yang dapat kerja dekat dengan kampung tu bersyukurlah, aku kat sini nak balik kampung x dapat nak balik on the spot....macam kejadian bulan Mac tahun lepas Opah meninggal dunia aku memang x sempat jumpa perjalanan hampir satu hari, dpat berita pun dlam pkul 7pagi, ayah aku call suara  dia tersekat-sekat tahan menangis (siapa sangka sebelum nie aku tak pernah lagi aku tengok/dengar ayah aku yang agak tough tu menangis) aku dah dapat agak dah yang Opah pergi buat selama-lamanya - Al-fatihah.. sbb sebelum nie aku tahu opah sakit... Angah bukan tak nak balik waktu opah sakit tapi aku tengah tunggu harga tiket kapal terbang murah skit, aku dh beli tiket utk balik sebenarnya tp kita hanya merancang tuhan yg menentukan Opah pergi dulu...

tiket yg dah di beli  terpaksa 'burn' macam tu jer... terima kasih kepada Chief Clerk yang memberi pinjam aku wang untuk aku beli tiket on the spot kat kaunter Penerbangan dan terima kasih juga kepada semua warga PTK Miri atas segala bantuan..masa dalam perjalanan pramugari yang selalu senyum bila menyambut passenger serba salah masa tgok aku nak senyum ke tak, sbb dia perasan mata dan muka aku merah sbb menahan perasaan,,,ada genangan air mata..macam2 aku pikir  bagaimana pula klu perkara ini belaku pulak dengan orang yang paling dekat dengan aku...memang aku takkan  dapat jumpa  dengan mereka buat selama-lamanya..sebab tu aku kata buat mereka yang tempat kerja dekat dengan keluarga bersyukurlah dengan sesyukur-syukurnya...klu duduk atas bumi yang sama xpa lagi anytime boleh pecut balik...klu macam aku yg di seberang laut nie...entahlah, malas aku nak pikir...apa2 pun hidup mesti di teruskan...

Wallahualam.....  (- - ,)



Thursday, January 10, 2013

Baru mula

Bismillah

Dengan rasminya aku telah mendelete semua post2 aku yang lepas yg boleh dianggap kurang matang, aku terbaca balik rasa macam nak tergelak sorang2...mulai hari nie satu permulaan baru bakal belaku...fuhhh

sekian, terima kasih

p/s macam surat rasmi pulok...hahaha