Merujuk tajuk perkara diatas(dah macam surat rasmi) setelah berapa lama "bercuti", akhirnya dapat jugak aku memecahkan peluh dan lemak (d bahagian abdomen terutamanya). kebelakangan nie cuaca di Miri tak menentu ada masa cerah, ada masa mendung mungkin Miri dan kawasan yang sewaktu dengannya terkena tempias taufan sonamu, oleh itu saya berpesan kpd anda dan diri saya sendiri elakkan dr bermain di tepian pantai.
Oleh kerana faktor hujan di sebelah petang hampir setiap hari, program aku untuk membakar lemak (Cardio workout) aku terpaksa culik sorang budak gemuk kat dalam kampung nie lalu aku bakar lemak2 yg ada pada tubuhnya menggunakan dapur gas...asalkan ada aktiviti pembakaran lemak di sebelah petang...whahahahahahah (gelak syaiton).....takderlah aku taklah seteruk itu saje jer nak lebih2....hehehe klu waktu petang hujan aku akan buat Front support a.k.a Pumping a.k.a Tekan Tubi...a.k.a...a.k.a.... aku harus kekal cergas, klu tak esok hari nyer lemau jer nak turun kerja.....
Memandangkan petang tadi cuaca cerah, balik jer kerja aku terus tukar baju, tukar mata (contact lens) terus pecut ke tempat jogging terletak berdepan dengan Taman Awam...kalau di Marudi dulu aku selalu jogging di atas trek balapan, tapi kat sini agak mencabar aku terpaksa berjogging naik bukit dan turun bukit. memang kaki agak berat, sebab terpaksa berlari dan mendaki dalam masa yang sama....
Masa untuk mendaki bukit yeeha!!!!
uncle nie macam tau-tau jer aku amik gambor dia
what goes up must go down, senyum jer masa turun bukit waktu naik bukit sengsara rasa, sebenarnya kalau kita tengok di sebelah kiri kita boleh nampak laut tapi akibat jerebu x dapat aku nak amik gambor.
waktu balik dari jogging ada kawan tumpang cuci motor kat rumah, aku duduk sambil tengok orang cuci motor terdetik dalam hati, bilalah aku nak dapat beli motor macam nie. tunggu peraduan gores dan menang jerlah....huhuhu
(tiba-tiba terpost perkara yang tak ada kena mengena dengan tajuk :P)
Waktu aku jogging dalam minggu lepas ada seorang uncle tu macam orang arab pun ada macam orang Pakistan pun ada..aku perasan dia ada perhati kasut aku masa aku tengah jogging, waktu aku amik nafas masa habis dia pun bertanya:-
Him: Your shoe is very light right?
Me: Yeah its kinda light.. :)
Him: You felt like floating when you run right?
Me: Hahaha....not really felt like floating, but its comfortable.
Him: How much do you pay for that shoe?
Me: one hundred and fifty ringgit only
Him: in Miri ( dia macam tekejut)
Me : yeah in Miri, its just Gred 5A shoe made in Vietnam...:P kuang,kuang, kuang
hahaha mana tak tekejut dia tengok kasut Nike Airmax fitsole tapi harga RM 150 biar betik budak nie klu kat pasaran mungkin harga dia dlam RM 300++ or RM 400++, pengajaran nyer kat sini aku boleh kata aku beli kasut nie RM400++ tp aku tak nak membohong tambah2 lagi dengan orang tua, rasa bersalah sangat2 klu aku membohong, apa guna nak berlagak dengan orang lain bukan dapat apa2 pun...hehehe biarlah orang nak kata kita bendul, yang penting kita tahu siapa kita. heee (satu lagi post yang takde kene mengena dengan tajuk :P)
Sekian...
2 comments:
salam bro.. ai, tak tau plak ko ade blog. huhu..
hehehe
Post a Comment