Salam,
Pedas tak cili ini(plz baca sampai habis) :- ehem jom kita berbogel, takpe jgn risau walaupun kita bogel tp hati kita baik, suka tolong orang, rajin, hormat orang tua.....kebogelan kita nie tak melambangkan perangai dan tingkahlaku okeyyhhh!!! (Sarcasm Level 10000)..
okey mcm ni aku bukan nak menyakitkan hati sesiapa...maaf klu ada yg tertusuk sembilu, aku menegur bukannya membenci tp kerana sayang, aku kena syg apa yang Nabi sayang, iaitu kita Umatnya... ok mcm nie aku explain
Tidak menutup Aurat (Lelaki/Perempuan) & Bogel hasilnya = Dosa Besar
sebab menutup Aurat (Lelaki/Perempuan) adalah PERINTAH ALLAH...
tak nak ikut/ melanggar PERINTAH ALLAH hasilnya = Dosa Besar...
walaupun hati kita baik,suka tolong orang, dermawan tetapi hidup dlm keadaan berdosa besar sebab tidak menutup aurat (Lelaki/Perempuan)
walau kita berbuat berbanyak-banyak kebaikan yang mendatangkan pahala..tetapi jika ada DOSA(yakni tidak menutup aurat tadi) pahala yang kita ada akan di potong...
selama mana kita dlm keadaan mendedahkan aurat = BERDOSA BESAR...
SELAMA ITULAH PAHALA KITA DIPOTONG + kita TANGGUNG pulak lagi DOSA orang yg lihat AURAT kita rugikan???
hujung2 kita jadi manusia muflis kt akhirat nanti sbb semua pahala kena potong, yang kita bawa hanyalah dosa, terus kena sumbat dlam NERAKA..
berubah dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh di tangguh2 takut tak sempat
Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah... Selamat beramal :)
Wednesday, February 20, 2013
Wednesday, February 6, 2013
Melawat Taman Negara Niah, Sarawak
Seperti yang dirancang pada minggu-minggu sebelum nie, aku ngan kawan aku memang berhajat nak pegi melawat Gua Niah, memandangkan dia pun dah nak pindah balik ke semenanjung, jadi saki baki hari terakhir dia masih ada kat sini (Miri) digunakan semaksima mungkin untuk melawat kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong kat sebelah utara Sarawak nie...maka pada sabtu lepas 2 Februari 2013 kami pun berangkat ke Taman Negara Niah. Kalau diikutkan 3 orang yang pergi tapi minit-minit terakhir housemate aku pulak demam, jadi dua orang jer yang dapat pegi..
En. Bala :" Apa korang 2orang jer yang pegi?"
Nak buat macam mana En. Bala, kita hanya merancang tuhan yang menentukan...hehehe, seperti apa yang dirancang kami bertolak dari Miri ke Niah dalam pukul 9 lebih dekat kul 10 kalau tak silap, perjalanan hanya mengambil masa dalam 1jam setengah, ala bawak keta perlahan-perlahan jer bukan nak kejar apa2 pun. kami tiba di Niah dalam pukul 11 lebih, lepak kat Bazaar Niah kita makan dulu...
cerita panjang pun tak guna kat sini aku mulakan penceritaan aku melalui gambar-gambar yang ada, biasalah ramai yang macam budak sekolah jugak suka tengok gambar dari baca tulisan, ngantok toq..
En. Bala : "Ahh..macam tulah, ko mcm tau2 jer aku suka tengok gambar"
Kita dua lebih kurang jer,En. Bala...lebih senang faham kalau tengok gambar
Sampai dekat pintu masuk dalam pukul 12.15pm
Pukul 12.20pm beli tiket masuk, ada dekat bangunan putih bumbung hijau
Bergambar dekat papan tanda nie memang wajib...tanda " Was Here" hehehe
untuk ke gua kita mesti lintas sungai kat belakang tu, tapi awas cuba tengok kat
papan tanda tu, ada buaya di sini..buaya tu yang kat dalam sungai tu bukan dekat tepi papan tanda tu yek... :P
En. Bala: "ayoyo...ada buaya ka? berani nyer ko? tapi aku takut lagi buaya kat tepi signboard tu"
kemonlah En. Bala, aku campak ko dalam sungai kat belakang tu nanti baru ko tahu...hahaha aku ada dapat info dalam 2 ke 3 tahun lepas ada budak sekolah kena baham ngan buaya kat batang sungai tu jugak, tapi bukan sungai kat belakang tu kat tempat lain tapi batang sungai yang sama.
mcm nielah sepanjang perjalanan untuk sampai ke gua
sepanjang perjalanan nie jugak kita akan kerap berjumpa dengan Ulat Gonggok sebesar jari kelingking nie
hrmmm..??
" ayoyo...apa yang dia buat tu?"
Psstt!! En. Bala kat dalam hutan nie jangan tegur...hehehe
selain ulat gonggok ada jugak unggas-unggas lain yang menghuni kat dalam hutan nie,
okey kat bawah nie aku letakkan serba sedikit gambar-gambar yang di ambil dari camera Handphone kawan aku, aku punya handphone cikai jer 1.3mp tak nampak apa..
Dalam Gua
ha.. gambar yang nie aku yang snap...cantik tak? wink...wink
Miss Misa: " eh2 cantiklah, terbaek"
erk...terima kasih *blushing* :p
ok dah basah dah ketiak aku penat berjalan, jomlah kita gerak pulang...letih dah nie beberapa kilometer berjalan.
Adik Ron: "ek..eleh itu jer gambar yang ko ada letaklah gambar lebih skit"
jadilah Dik sikit-sikit cukuplah, klu nak tengok lebih-lebih datanglah sendiri...kikikiki :P
ini dia tuan punya Camera Handphone En. Syed Jamaludin, lepas nie dia nak pindah ke Kuala Lumpur dah
I wish you all the best,
kalau ada sumur di ladang
bolehlah hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
bolehlah kita berjumpa lagi
patutlah badan aku berbau ada bilik air kat rumah, aku pegi mandi dekat ladang....hahahahaha
Sekian,
Friday, February 1, 2013
Tolak Motor dan BBQ
Morning Friday,
Dalam minggu nie mcm2 yang berlaku, biasalah bila dapat gaji macam boleh buat dan macam yang berlaku dan akan berlaku..ngeee cerita dalam satu minggu di summarize dalam satu cerita.. (^ ^,),
Dalam minggu nie aku tolong housemate menunda motor dia hampir separuh Bandar Miri untuk hantar ke Workshop, masalahnya berlaku bila tali kluc Motor Yamaha LC135 dia putus, memang tak dapat running la motor dia, masuk la gear macam mana pun. terpaksa di tunda motor dia dari rumah sampai bandar Miri sebab workshop yang berdekatan macam hampeh sevice...memang lenguhla kaki aku tunda motor dia , cuba bayangkan motor Yamaha Lagenda 110 tolak motor LC 135 berat motor dia bhai.... bagi yang tak dapat bayangkan mungkin akan bertanya tunda motor tu macam mana bang? tunda motor tu lebih kurang macam makan nasilah tak jauh beza..wakakaka penerangan secara tulisan mungkin susah nak dapat gambaran, jadi aku bagi gambaran untuk mendapatkan gambaran (arghh pening kepala). sila rujuk gambar dibawah
Gambar Contoh
Penjelasan singkat tolak motor pakai kaki, aku bawak motor sebelah kaki sebelah kaki lagi tolak motor yang rosak separuh bandar naik turun bukit, dapat bayangkan tak motor ringan tolak motor berat, nasib baik ada training kaki berlari naik turun bukit, tak lah lenguh sangat.
Kes kedua masalah dengan mesin ATM touch screen,,, ermmmm tak naklah aku cerita berkaitan dengan wang nie...hehehe( dah tu nak buat apa nak pos benda nie)
Malam tadi, seperti yang dirancang kami(rumah bujang,,,bujang sangat!!) telah menjayakan majlis BBQ sempena perpisahan Office mate yang berlangsung di rumah kami, alhamdulillah...ayam bbq yang aku perap sendiri mendapat pujian...wakakakaka (aku berguru dengan internet jer, maklumat di hujung jari :P)
Alhamdulillah aku dapat memorized semua bahan dengan sekali review(tak boleh blah puji diri sendiri) weeekkk), memory aku sangat aku kuat kebelakangan nie, sejak aku makan minyak ikan kod.... antara bahan2 perap ayam semalam, sila rujuk di bawah :-
1 biji Bawang besor,
5-6 ulas Bawang putih,
2-3 batang serai,
2cm halia(sukat pakai pembaris..muahahaha),
jintan putih, jintan manis, ketumbar (secukup rasa)
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
gula secawan klu tak nak gula madu pun boleh
garam
caranya kisar jer semua sampai lumat, lepas tu perap dengan ayam, semalaman or 2 hari hehehe...
Sorry xdapat nak amik gambar majlis malam tadi,sebab kamera handphone tak clear malap jer gambor, nampaknyer aku kena beli camera digital, dlm hati memang nak beli tapi belum lagi sebab ada komitmen lain...
sekian

Subscribe to:
Posts (Atom)