Morning Friday,
Dalam minggu nie mcm2 yang berlaku, biasalah bila dapat gaji macam boleh buat dan macam yang berlaku dan akan berlaku..ngeee cerita dalam satu minggu di summarize dalam satu cerita.. (^ ^,),
Dalam minggu nie aku tolong housemate menunda motor dia hampir separuh Bandar Miri untuk hantar ke Workshop, masalahnya berlaku bila tali kluc Motor Yamaha LC135 dia putus, memang tak dapat running la motor dia, masuk la gear macam mana pun. terpaksa di tunda motor dia dari rumah sampai bandar Miri sebab workshop yang berdekatan macam hampeh sevice...memang lenguhla kaki aku tunda motor dia , cuba bayangkan motor Yamaha Lagenda 110 tolak motor LC 135 berat motor dia bhai.... bagi yang tak dapat bayangkan mungkin akan bertanya tunda motor tu macam mana bang? tunda motor tu lebih kurang macam makan nasilah tak jauh beza..wakakaka penerangan secara tulisan mungkin susah nak dapat gambaran, jadi aku bagi gambaran untuk mendapatkan gambaran (arghh pening kepala). sila rujuk gambar dibawah
Gambar Contoh
Penjelasan singkat tolak motor pakai kaki, aku bawak motor sebelah kaki sebelah kaki lagi tolak motor yang rosak separuh bandar naik turun bukit, dapat bayangkan tak motor ringan tolak motor berat, nasib baik ada training kaki berlari naik turun bukit, tak lah lenguh sangat.
Kes kedua masalah dengan mesin ATM touch screen,,, ermmmm tak naklah aku cerita berkaitan dengan wang nie...hehehe( dah tu nak buat apa nak pos benda nie)
Malam tadi, seperti yang dirancang kami(rumah bujang,,,bujang sangat!!) telah menjayakan majlis BBQ sempena perpisahan Office mate yang berlangsung di rumah kami, alhamdulillah...ayam bbq yang aku perap sendiri mendapat pujian...wakakakaka (aku berguru dengan internet jer, maklumat di hujung jari :P)
Alhamdulillah aku dapat memorized semua bahan dengan sekali review(tak boleh blah puji diri sendiri) weeekkk), memory aku sangat aku kuat kebelakangan nie, sejak aku makan minyak ikan kod.... antara bahan2 perap ayam semalam, sila rujuk di bawah :-
1 biji Bawang besor,
5-6 ulas Bawang putih,
2-3 batang serai,
2cm halia(sukat pakai pembaris..muahahaha),
jintan putih, jintan manis, ketumbar (secukup rasa)
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
gula secawan klu tak nak gula madu pun boleh
garam
caranya kisar jer semua sampai lumat, lepas tu perap dengan ayam, semalaman or 2 hari hehehe...
Sorry xdapat nak amik gambar majlis malam tadi,sebab kamera handphone tak clear malap jer gambor, nampaknyer aku kena beli camera digital, dlm hati memang nak beli tapi belum lagi sebab ada komitmen lain...
sekian
Friday, February 1, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment