Alhamdulillah teman masih bernyawa dikurniakan kesihatan untuk meneruskan kehidupan, dah lama bebenor tak menulis blog, memandangkan takde apa-apa benda menarik di persekitaran teman yang hendak diceritakan kepada mengkome-mengkome,nampak gayenye teman akan meng"update" blog teman bila ada aktiviti-aktiviti yang menarik untuk dikongsikan dengan kome...maklumlah teman buat aktiviti menarik pun setahun sekali jer...kui..kui...kui...
Pada 21.02.2015 yang lepas, Teman telah pun berlepas ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Miri untuk menjalankan satu misi iaitu menakluki Gunung Kinabalu, sebenornye teman dah lame nak daki Gunung Kinabalu ni dari tahun 2011, lagi masa tu first time ke Sabah, tengok dari dari jauh jer tiba-tiba terdetik dalam hati satu hari nanti aku akan takluk gunung ni (udoh ghope drama pulok...haha), disebabkan takde geng yang sanggup nak join terpaksalah teman tunggu..yer lah kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Ditakdirkan pula pada tahun lepas ada kawan seopis bukak molot dia tanya nak join ke idok mendaki Gunung Kinabalu, apalagi "Pucuk dicita ulam mendatang" "ibarat orang mengantok disorongkan bantal" "bagai melukut ditepi gantang" "ibarat kucing tiada gigi,tikus berani menari-nari" (uih dah lain macam maksud dia tu..hehehe)
Kalau ikut perancangan awal ada 10orang yang nak ikut apakan daya, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hanya 6orang jer yang dapat ikut, itu semua telah ditakdirkan.... okay 'cut story short' meh sini teman ceritakan pengalaman teman semasa mendaki Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara nie, pada jam 8.30 pagi kami tiba Lapangan Terbang Antarangbangsa Kota Kinabalu menggunakan penerbangan Airasia,setibanya di airport kami telah pun ditunggu oleh dua rakan dari Miri, deme guna kereta drive dari Miri ke Kota kinabalu(KK) pada hari sebelumnya, teman tak berani sebenornye nak naik kereta dari Miri ke KK bukan apa takut penat maklumlah dah masuk 3series ni...hehe(macam udoh tue bebenor...kikiki)
Dari KK kami bertolak ke Ranau atau lebih tepat lagi ke kawasan kaki Gunung iaitu di Taman Negara Sabah berhampiran dengan Pekan Kundasang perjalanan mengambilmasa selama 2 jam lebih...
Taraa...kami pun sampai ke kaki gunung,lepak-lepak dulu amik mood
Pendakian akan bermula pada keesokan harinya jadi kita, sementara menunggu hari esok kita rehatkan diri dulu di dorm yang telah di tempah awal..tak jauh dari Taman Negara
Memandangkan cuaca kat sini sejuk dorm ni takda kipas atau aircond
di sediakan sejuk wei kat sini
Dalam masa berehat teman pun mengambil keputusan untuk mandi, sebab badan pun dah rasa melekit..seperti yang teman jangka air paip dia sejuk macam dalam peti ais walaupun waktu tu jam menunjukkan baru pukul 1petang(biasele kampung teman tengahari rembang paneh pukul 1)
macam nilah view dekat verandah dorm homestay kami, saja amik gambor mode panorama..cantikkan view dia...(Abang Nordin hampir kena selsema sebab sejuk..hihihi)
Dah habis merehatkan badan pun mula terasa lapor, kalau dah lapor payah sikit,benda lain kita boleh sabor kalau dah lapor memang tak dapat nak sabor....hahahaha dengan itu kami pun keluor merayo-rayo ke Pekan Kundasang, sebuah pekan yang menarik sumber pendapatan utama dia adalah pertanian..
Bila perut dah kenyang moh kite bergambor, masa kat pekan kundansang tu sempat teman pergi gunting rambut, nak naik gunung mesti hensem manala tau kot-kot terjumpa jodoh wakakaka...
Seterunya biorle gambor yang berbicara :p (malas nak menulisla tu)
Inilah pasukan yang akan mendaki Gunung Kinabalu a.k.a Puncak Tertinggi di Asia Tenggara, tapi diorang cakap tak extreme nama tu okay kita letak "Special task force half Everest Ops" memandangkan ketinggian kinabalu adalah separuh daripada Gunung Everest
Hari yang dinanti telahpun tiba mari kita bergambar semua
sebelum kepenenatan melanda takut senyum pun tak larat
pada 22 Februari 2015 jam 8.30am pendakian pun bermula,
sebelum memulakan perjalan mountain guide akan bagi sedikit taklimat dahulu,
apa yang patut dan apa yang tak patut dilakukan
saja pakai ala-ala ketenteraan bagi naik semangat, army boot tu memang ayah teman yang cadangkan sebab dia pernah naik kinabalu jugak masa dia berkhidmat sebagai tentera di Kem Lok Kawi, Sabah, ya bagi teman ler memang bagus army boot ni kuat dia punya grip kat batu atau masa hiking, tapi kelemahan dia agak berat sikit, macam mana saya dapat boot ni..bagi yang tidak tahu saya adalah anggota Askar Wataniah,....hehe (saja bagitau takut ada orang tak puas hati kenapa pakai seluar loreng sesuka hati..hehehe)
Ada dua laluan untuk menuju ke Laban Rata (check point,tempat bermalam) iaitu melalui Timpohon ataupun Mersilau,untuk beginner ikut gate Timpohon la,(terpulang) kalau Mersilau jarak dia jauh sikit tapi permandangan dia cantik (orang kata lah teman tak pernah guna jalan tu)
kedatangan anda akan disambut dengan air terjun carson fall.. ini baru 0.5km
tak pa boleh senyum lagi
The Journey Begin cuma nak bagitau perjalanan menuju ke Laban Rata tiada jalan yang landai semuanya mencanak naik kalau ada pun cuma beberapa meter jer
Haaa...itu dia nampak dah gunung tapi jauh lagi...keh..keh..keh...
Subhanallah indahnya ciptaan Allah
Tangga lagi weiii...rehat jap ambik nafas dulu lepas tu sambung balik
Jangan berehat terlalu lama nanti cepat letih kalau enjin dah sejuk susah nak start balik...hehehe alamak naik lagi...hehehehe
Selfie jangan tak selfie :p
Kabus telahpun memunculkan dirinya dan hanya pokok-pokok renak yang kelihatan
ini bermakna teman sudah separuh perjalanan jam menunjukkan pukul 11.00pagi
Bila terjumpa pendaki lain jangan lupa tegur kita sama-sama mendaki
kalau jadi apa-apa senang minta tolong, semua yang kita jumpa jadi kawan
Yes pondok last, sebenar kaki teman krem lebih dari tiga kali mungkin sebab kepenatan dan faktor suhu, sebab tu teman nak pesan pada siapa-siapa yang mndaki jangan lupa bawa minuman isotonik
(cecair yang boleh menggantikan peluh) mungkin sebab peluh dah teman dah habis kot tu yang krem tu...hahaha (xda bukti saintifik) bila kaki krem jangan panik,duduk dulu bengkokkan kaki,amik nafas kalau ada minyak panas sapu, kalau takda takpa rilex dulu, bila dah rasa okay sambung balik perjalanan
oowh yeaah teman sampai pun ke destinasi Pertama Laban Rata elok-elok jer teman sampai terus jerit lepas geram sampai jugak akhirnya manakan tidak dah dekat nak sampai tiba-tiba krem...
Tiba pada jam 1.30tengahari 2 jam awal dari jangkaan malim gunung..hehe
ada juga pendaki yang on the way turun bertanya one day climb ke? uih tak lah bermalam, belum sampai level tu lagi yang 2hari 1malam pun krem apa lagi 1hari....kui..kui...kui (just nak bagitau ayah saya sampai Laban Rata pukul 11-12tengahari biasalah zaman askar apa kira memang laju..hahaha)
Lepak-lepak di Laban Rata Restaurant apa tunggu lagi mari kita cekik...
lepas makan kami pun check-in di lamaing hut, rehatkan badan dan minda perjalanan bersambung semula seawal jam 2.30pagi, tidur yang cukup itu penting kalau tak boleh effect pendakian pada esok hari
Bergambor dulu, hari masih muda
Syukur semua udoh sampei moh le kita isi perut recharge balik
tenaga yang dipakei
inilah gambor sebelah malam dalam jam 7malam teman rasa dah masuk tidor, udoh rupe hantu bungkuih, pijak lantai, lantai sejuk, nak suruh mandi taubat lahum ler teman nak mandi, kalau mandi confirm demam sejuk bebenor, nasib baik ada water heater...stokin bola 2 lapis baju tiga lapis termasuk "wool jumper"itu pun sejuk lagi sabor jer lah,teman rasa suhu mencecah 4-6 @ 1 darjah celcius
Masa yang dinanti telahpun tiba, pada jam 2.30 pagi masa untuk mendaki ke puncak, tag nama jangan lupa bawa itu bukti ko sampai ke puncak, nanti akan di check di Sayat-sayat checkpoint, headlight jangan lupa nanti tak nampak jalan, nak guna torchlight pun boleh tapi macam mana nak panjat tali takut tak nampak step
sesudah memanjat tali di tebing yang agak curam(maaf tak da gambor) kita berehat ambik nafas dulu, ini merupakan gambar last yang dapat teman ambil guna camera digital sebab lepas tu camera sejuk, bateri cepat drain kalau sejuk kawan teman cakap,lepas satu satu, masa fasa last pendakian cuaca semakin sejuk di tambah pula dengan angin yang bertiup kencang,Teman terpaksa berhenti-henti ambik nafas ditambah pulak dengan aku terkena "Acute Mountain Sickness"(AMS) penyakit altitude sakit kepala berdenyut-denyut dan kesukaran bernafas (first time merasa sakit ni) teman terpaksa bernafas guna molot, air masa ni tersangat-sangatlah penting jangan lupa bawa air yang secukupnya, yang bestnya masa recharge balik tenaga aku ada bawa cloud9, cloud9 aku dah beku macam simpan dalam simpanan sejuk beku, keras gila aku gigit.
Alhamdulillah sampai juga ke puncak hasil doa dan support dari keluarga dan rakan-rakan, aku sampai ke puncak pada jam 5.50pagi (cuba korang tengok jari aku pucat kesejukan) cuma satu jer nasihat aku benda paling penting sekali adalah berfikiran positif, bila teman rasa macam tak larat teman akan cakap "tak pa tak jauh lagi, dekat dah sikit lagi" teman cakap dengan orang putih duduk amik nafas sekali "almost there, almost there" saja bagi semangat kat orang lain, boleh memotivasikan diri sendiri walaupun orang tu jauh lebih fit dari kita...hahahaha
separuh ketinggian Everest telah ku tawan..teeheehee
Bergambor session, syukur keenam-enam pendaki berjaya menakluk gunung kinabalu, walaupun teman sakit (AMS) bila depan kamera boleh senyum lagi...(senyuman itu adalah palsu) wakakaka
Senyum tak perlu kata apa-apa sakitnya tuh di sini...hahahahha
Selfie with our Mountain Guide, satu-satunya orang Sarawak yang jadi
Mountain guide di Sabah Parks (pucat muka teman sebab sejuk)
Berani diorang nie main air kat tempat sejuk macam ni (aku pun sama...hahaha)
Teman saja amik air sapu kat kepala bagi kurang sakit kepala, kuranglah kot sakit kepala tu...entah..hahha
Misi berjaya dah jom kita turun balik, bila nak balik baru la
kita nampak macam mana keadaannya masa kita naik tadi
kita berada di atas awan
sebelum balik kita bergambor dulu weeiiiiii
Take nothing but photograph, leave nothing but footprint
Mencabarkan turun dari puncak, waktu pagi tadi memang tak nampak apa-apa,
bila aku nampak tali ni dalam gelap pagi tadi dalam kepala teman,
dah nak turun balik nanti baru pikir
Teman gayat sebenornye, tapi syukur masa turun ni
rasa gayat tu takda best pulak rasa.
permandangan semasa ingin pulang ke Timpohon gate,
macam masuk ke alam lain pulak, tiba-tiba berkabus
jam 1.30 petang
Yes we're back and we are the successful Climbers
Pass with flying colours hahaha, kalau sijil ada colour ini bermakna anda telah
berjaya sampai ke puncak kalau tak berjaya ke puncak sijil dia tak da colour...hehehe
sebenarnya banyak pengalaman yang dapat kami timba dan dapat kami ceritakan pada anak cucu nanti :p , tapi pengalaman itu tak dapat diceritakan dan dirasai melalui penceritaan semata-mata ia perlu dirasai dan dialami sendiri, jadi rasailah sendiri pengalaman tersebut di Gunung Kinabalu..
Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang, Insya Allah Gunung Kinabalu akan ku daki lagi....
No comments:
Post a Comment