Edisi muka tak tau malu...hahahaha
Sunday, July 28, 2013
Alamak Spoil Mic Rosak (suara aku yang rosak sebenarnya...hehe)
Inilah aktiviti yang tidak bermoral yang aku lakukan tiap-tiap minggu bila pagi-pagi time bangun tido, mengganggu jiran tetangga dengan suara aku...hahaha mcm nie lah suara aku bila bangun tido, tapi syang suara aku tak jelas sangat sebb mic dekat headphone tu mcm ada masalah...
Monday, July 22, 2013
Aktiviti Aku Sejam Sebelum Berbuka Puasa (Video)
Post saja-saja hilangkan bosan, aku sebenarnya nak kongsi sikit apa yang aku selalu buat sejam sebelum aku berbuka, mungkin aktiviti yang aku lakukan mungkin tidak normal bagi pandangan sesetengah orang sebab bulan puasa, mungkin sesetengah orang kata alah normal lah tu, lagipun benda nie dah jadi macam aktiviti harian nak kata rutin tu tak jugak..apa-apa pun bulan puasa membuat aku lebih fokus..(target bulan puasa nie nak kurang segala KG yang ada...hahahaha)
p/s: kalau tuan rumah tahu aku bergayut kat grill rumah dia mampus aku...hehehehe
Saturday, July 20, 2013
Titik Perubahan Aku Menjadi Manusia
Berhijrah dari tidak baik kepada yang lebih baik, seperti yang kita sedia maklum semua benda boleh berubah, hati dan perangai manusia juga boleh berubah apabila mereka menemui titik perubahan, aku yang degil dan mempunyai hati yang memberontak juga satu ketika dulu (mungkin masih degil kot..hehe) pun berubah kerana sesuatu perkara. bukan nak meng"up"kan diri sendiri atau apa, cuma ingin berkongsi sedikit cerita cuma, mungkin ada pengajaran ingin di kongsi bersama walaupun sedikit
Bukannya ingin membuka pekung di dada, cuma ingin memberitahu sesuatu . aku akui sebenarnya aku bukanlah seorang boleh dikategorikan sebagai seorang anak yang baik, :'(.. kadang-kadang aku melawan balik cakap, terlalu mengharapkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu , malas dan tak nak berdikari, tak nak dengar cakap dan mendengar nasihat sebab hati ini sangat keras untuk di bentuk, jika di renungkan semula terlalu banyak sifat negatif kat dalam diri ni, Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku terhadap kedua orang tua ku, terlalu banyak beban yang telah aku letakkan ke atas bahu mereka :'( .
Tetapi ada beberapa perkara yang telah merubah segalanya, cerita ni memang tak ada sorang manusia pun yang tahu, kini akan ku ceritakan salah satu daripada perkara tersebut mungkin perkara tersebut agak kecil sesetengah orang tetapi impaknya agak besar bagiku dan merupakan permulaan titik perubahan dalam diri semuanya bermulanya dari rasa empati
Pada 05 Mei 2007 lebih kurang dalam antara jam 5.00pagi ataupun 6.00pagi handphone ibuku berbunyi abang iparku membuat panggilan, sebab tiada siapa yang nak menjawap telefon aku pun menjawap panggilan tersebut, aku tak ingat ke mana semua orang pergi waktu tu entah aku pun dah tak berapa ingat. yang nak tergelaknyer boleh aku tanya masa abang ipar aku kata "kakak kamu tengah sakit sekarang nie" aku pun jawab " haa, tengah sakit, yong sakit apa?" orang tengah sarat mengandung boleh aku tanya sakit apa..haha "sakit apa, sakit nak beranak ler" abang ipar aku jawap balik, memang tak di nafikan aku mempunyai tahap blurr yang kronik pada masa tu...haha
Perkara tersebut telah aku maklumkan kepada ibuku, pada pagi tu jugak ibu dan ayahku terus memecut pergi ke KPJ Ipoh Specialist Hospital, jarak rumah ke ipoh adalah dalam sejam lebih. aku tak pergi sebab aku berkerja pada hari tu,dalam tengahari pada pukul 11.00pagi (betui ka?) haha...aku menerima berita kakak ku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. di pendekkan cerita pada petang tu waktu balik kerja ayah balik rumah untuk amik aku bawa pergi hospital sekali.
Detik perubahan pada diriku pun bermula sebaik saja aku menjejakkan kaki ke dalam wad, aku melihat wajah-wajah yang disinari dengan keceriaan dan dipenuhi kebahagiaan terutama sekali wajah kedua orang tua ku almaklumlah menyambut cucu pertama, ayah suruh aku mendukung bayi tersebut tapi aku menolak sebab aku takut, aku ni kasar sikit...hihi bayi tu pulak nampak kecik jer dan fragile :p, kelahiran seorang manusia merupakan suatu keajaiban dan keajaiban itu juga menyelubungi aku yang menyebabkan aku berubah.
Aku hanya duduk dan memerhatikan, semua yang ada sekekiling amat gembira aku dapat melihat curahan kasih sayang di beri oleh ayah dan mak terhadap insan yang baru dilahirkan, bagaikan menatang minyak yang penuh. aku bermonolog sendirian di dalam hati, mungkin masa aku dilahirkan dahulu begitu juga kasih sayang yang aku terima, dari sebesar tapak tangan aku di besarkan dengan curahan kasih sayang yang melimpah ruah dan tidak berbelah bagi,sehinggalah aku membesar menjadi remaja, berbagai-bagai persoalan yang menusuk di benakku apakah balasanku terhadap orang tuaku setelah kasih sayang yang di berikan? adakah dengan keras kepalaku, atau dengan hati yang keras suka memberontak ini, segala "flashback" berputar semula di dalam pemikiran dari aku kecik sampai besar, banyaknya dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan :'( , adakah aku membalas madu denga tuba...aku termenung sendirian tidak banyak berkata-kata, "Ya Allah ampunkan dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibubapa ku,," kalimah yang berulang-ulang di dalam hatiku. sejak dari hari itu aku telah berjanji walaupun di dalam hati aku tak nak mebebankan mereka lagi malah akan melakukan perkara yang sebaliknya, aku akan melakukan sebaik mungkin untuk mengembirakan dan menyenangkan hati mereka...hingga ke hujung nyawa ku Insya Allah :')
Wednesday, February 20, 2013
Buat walapun rasa terpaksa kerana Ini Perintah Allah
Salam,
Pedas tak cili ini(plz baca sampai habis) :- ehem jom kita berbogel, takpe jgn risau walaupun kita bogel tp hati kita baik, suka tolong orang, rajin, hormat orang tua.....kebogelan kita nie tak melambangkan perangai dan tingkahlaku okeyyhhh!!! (Sarcasm Level 10000)..
okey mcm ni aku bukan nak menyakitkan hati sesiapa...maaf klu ada yg tertusuk sembilu, aku menegur bukannya membenci tp kerana sayang, aku kena syg apa yang Nabi sayang, iaitu kita Umatnya... ok mcm nie aku explain
Tidak menutup Aurat (Lelaki/Perempuan) & Bogel hasilnya = Dosa Besar
sebab menutup Aurat (Lelaki/Perempuan) adalah PERINTAH ALLAH...
tak nak ikut/ melanggar PERINTAH ALLAH hasilnya = Dosa Besar...
walaupun hati kita baik,suka tolong orang, dermawan tetapi hidup dlm keadaan berdosa besar sebab tidak menutup aurat (Lelaki/Perempuan)
walau kita berbuat berbanyak-banyak kebaikan yang mendatangkan pahala..tetapi jika ada DOSA(yakni tidak menutup aurat tadi) pahala yang kita ada akan di potong...
selama mana kita dlm keadaan mendedahkan aurat = BERDOSA BESAR...
SELAMA ITULAH PAHALA KITA DIPOTONG + kita TANGGUNG pulak lagi DOSA orang yg lihat AURAT kita rugikan???
hujung2 kita jadi manusia muflis kt akhirat nanti sbb semua pahala kena potong, yang kita bawa hanyalah dosa, terus kena sumbat dlam NERAKA..
berubah dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh di tangguh2 takut tak sempat
Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah... Selamat beramal :)

Wednesday, February 6, 2013
Melawat Taman Negara Niah, Sarawak
Seperti yang dirancang pada minggu-minggu sebelum nie, aku ngan kawan aku memang berhajat nak pegi melawat Gua Niah, memandangkan dia pun dah nak pindah balik ke semenanjung, jadi saki baki hari terakhir dia masih ada kat sini (Miri) digunakan semaksima mungkin untuk melawat kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong kat sebelah utara Sarawak nie...maka pada sabtu lepas 2 Februari 2013 kami pun berangkat ke Taman Negara Niah. Kalau diikutkan 3 orang yang pergi tapi minit-minit terakhir housemate aku pulak demam, jadi dua orang jer yang dapat pegi..
En. Bala :" Apa korang 2orang jer yang pegi?"
Nak buat macam mana En. Bala, kita hanya merancang tuhan yang menentukan...hehehe, seperti apa yang dirancang kami bertolak dari Miri ke Niah dalam pukul 9 lebih dekat kul 10 kalau tak silap, perjalanan hanya mengambil masa dalam 1jam setengah, ala bawak keta perlahan-perlahan jer bukan nak kejar apa2 pun. kami tiba di Niah dalam pukul 11 lebih, lepak kat Bazaar Niah kita makan dulu...
cerita panjang pun tak guna kat sini aku mulakan penceritaan aku melalui gambar-gambar yang ada, biasalah ramai yang macam budak sekolah jugak suka tengok gambar dari baca tulisan, ngantok toq..
En. Bala : "Ahh..macam tulah, ko mcm tau2 jer aku suka tengok gambar"
Kita dua lebih kurang jer,En. Bala...lebih senang faham kalau tengok gambar
Sampai dekat pintu masuk dalam pukul 12.15pm
Pukul 12.20pm beli tiket masuk, ada dekat bangunan putih bumbung hijau
Bergambar dekat papan tanda nie memang wajib...tanda " Was Here" hehehe
untuk ke gua kita mesti lintas sungai kat belakang tu, tapi awas cuba tengok kat
papan tanda tu, ada buaya di sini..buaya tu yang kat dalam sungai tu bukan dekat tepi papan tanda tu yek... :P
En. Bala: "ayoyo...ada buaya ka? berani nyer ko? tapi aku takut lagi buaya kat tepi signboard tu"
kemonlah En. Bala, aku campak ko dalam sungai kat belakang tu nanti baru ko tahu...hahaha aku ada dapat info dalam 2 ke 3 tahun lepas ada budak sekolah kena baham ngan buaya kat batang sungai tu jugak, tapi bukan sungai kat belakang tu kat tempat lain tapi batang sungai yang sama.
mcm nielah sepanjang perjalanan untuk sampai ke gua
sepanjang perjalanan nie jugak kita akan kerap berjumpa dengan Ulat Gonggok sebesar jari kelingking nie
hrmmm..??
" ayoyo...apa yang dia buat tu?"
Psstt!! En. Bala kat dalam hutan nie jangan tegur...hehehe
selain ulat gonggok ada jugak unggas-unggas lain yang menghuni kat dalam hutan nie,
okey kat bawah nie aku letakkan serba sedikit gambar-gambar yang di ambil dari camera Handphone kawan aku, aku punya handphone cikai jer 1.3mp tak nampak apa..
Dalam Gua
ha.. gambar yang nie aku yang snap...cantik tak? wink...wink
Miss Misa: " eh2 cantiklah, terbaek"
erk...terima kasih *blushing* :p
ok dah basah dah ketiak aku penat berjalan, jomlah kita gerak pulang...letih dah nie beberapa kilometer berjalan.
Adik Ron: "ek..eleh itu jer gambar yang ko ada letaklah gambar lebih skit"
jadilah Dik sikit-sikit cukuplah, klu nak tengok lebih-lebih datanglah sendiri...kikikiki :P
ini dia tuan punya Camera Handphone En. Syed Jamaludin, lepas nie dia nak pindah ke Kuala Lumpur dah
I wish you all the best,
kalau ada sumur di ladang
bolehlah hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
bolehlah kita berjumpa lagi
patutlah badan aku berbau ada bilik air kat rumah, aku pegi mandi dekat ladang....hahahahaha
Sekian,
Friday, February 1, 2013
Tolak Motor dan BBQ
Morning Friday,
Dalam minggu nie mcm2 yang berlaku, biasalah bila dapat gaji macam boleh buat dan macam yang berlaku dan akan berlaku..ngeee cerita dalam satu minggu di summarize dalam satu cerita.. (^ ^,),
Dalam minggu nie aku tolong housemate menunda motor dia hampir separuh Bandar Miri untuk hantar ke Workshop, masalahnya berlaku bila tali kluc Motor Yamaha LC135 dia putus, memang tak dapat running la motor dia, masuk la gear macam mana pun. terpaksa di tunda motor dia dari rumah sampai bandar Miri sebab workshop yang berdekatan macam hampeh sevice...memang lenguhla kaki aku tunda motor dia , cuba bayangkan motor Yamaha Lagenda 110 tolak motor LC 135 berat motor dia bhai.... bagi yang tak dapat bayangkan mungkin akan bertanya tunda motor tu macam mana bang? tunda motor tu lebih kurang macam makan nasilah tak jauh beza..wakakaka penerangan secara tulisan mungkin susah nak dapat gambaran, jadi aku bagi gambaran untuk mendapatkan gambaran (arghh pening kepala). sila rujuk gambar dibawah
Gambar Contoh
Penjelasan singkat tolak motor pakai kaki, aku bawak motor sebelah kaki sebelah kaki lagi tolak motor yang rosak separuh bandar naik turun bukit, dapat bayangkan tak motor ringan tolak motor berat, nasib baik ada training kaki berlari naik turun bukit, tak lah lenguh sangat.
Kes kedua masalah dengan mesin ATM touch screen,,, ermmmm tak naklah aku cerita berkaitan dengan wang nie...hehehe( dah tu nak buat apa nak pos benda nie)
Malam tadi, seperti yang dirancang kami(rumah bujang,,,bujang sangat!!) telah menjayakan majlis BBQ sempena perpisahan Office mate yang berlangsung di rumah kami, alhamdulillah...ayam bbq yang aku perap sendiri mendapat pujian...wakakakaka (aku berguru dengan internet jer, maklumat di hujung jari :P)
Alhamdulillah aku dapat memorized semua bahan dengan sekali review(tak boleh blah puji diri sendiri) weeekkk), memory aku sangat aku kuat kebelakangan nie, sejak aku makan minyak ikan kod.... antara bahan2 perap ayam semalam, sila rujuk di bawah :-
1 biji Bawang besor,
5-6 ulas Bawang putih,
2-3 batang serai,
2cm halia(sukat pakai pembaris..muahahaha),
jintan putih, jintan manis, ketumbar (secukup rasa)
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
gula secawan klu tak nak gula madu pun boleh
garam
caranya kisar jer semua sampai lumat, lepas tu perap dengan ayam, semalaman or 2 hari hehehe...
Sorry xdapat nak amik gambar majlis malam tadi,sebab kamera handphone tak clear malap jer gambor, nampaknyer aku kena beli camera digital, dlm hati memang nak beli tapi belum lagi sebab ada komitmen lain...
sekian

Monday, January 21, 2013
Makan kat rumah lebih jimat
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..
Suatu hari yang membosankan telah berlalu pergi meninggalkan kita, walaupun hari membosan isilah hari-hari anda dengan bermanfaat dan tambahkanlah amal baik Insya Allah (^ ^,),
Sepanjang hari minggu dimanfaatkan untuk aku memasak, ya memasak memandangkan menghitung hari untuk menerima gaji, memasak adalah satu cara untuk orang bujang macam aku nie berjimat cermat ...wakaka melalui kajian yang telah dilakukan oleh Prof Algondo gondo(rekaan semata-mata) dr Afrika anda dapat berjimat cermat berbanding makan kat kedai.. :p cth: katakanlah anda Sarapan Pagi, Lunch, Dinner bagi seorang invidu ini cincai kiralah...
Sarapan Pagi contohla Mee Goreng RM 4.00 Teh O RM 1.00
Lunch you hantam itu Nasi Campur RM 6.00 Teh ais straw ikat tepi RM 2.00 :P
Dinner belasah pulak Chicken Chop RM 8.00 Milo Ais RM 2.50
ini contoh jer ek tak de kena mengena dengan yang bakal dilahirkan ataupun yang akan mati....hehehe :P
makan RM 18.00 minum RM 5.50
RM 23.50
kalau hari-hari mandi toqq..
boleh beli barang dapur untuk dua, tiga hari tu....hehe (untuk orang bujang yg tinggal seorang dua bolehlah dua tiga hari)
oleh kerana itu aku ngan housemate telah bercucuk tanam di tepi rumah memandangkan ada sedikit ruang,
Insya Allah berbudi dengan tanah kita dapat hasilnya yer dak...Alhamdulillah kami dah pun merasa hasil tanaman kami sendiri seperti cili, kunyit, kacang panjang dan lain-lain.
kadang-kadang kami akan mengail ikan, memandangkan memancing adalah satu minat kami jadi tak der masalah untuk pergi memancing kat mana-mana pun....ada rezeki adalah dapat ikan tak payah nak pergi beli pasar ikan tangkap jer ikan kat anak-anak sungai atau kat laut (tangkap ikan yer bukan tangkap anak ikan...ngeeee)
ada pulak yang tanya ko nie kedekut ek?
(senyum) terpulanglah kat korang nak fikir macam mana...
wasalam

Wednesday, January 16, 2013
Akhirnya Dapat Juga Berjogging
Bismillah.....
Merujuk tajuk perkara diatas(dah macam surat rasmi) setelah berapa lama "bercuti", akhirnya dapat jugak aku memecahkan peluh dan lemak (d bahagian abdomen terutamanya). kebelakangan nie cuaca di Miri tak menentu ada masa cerah, ada masa mendung mungkin Miri dan kawasan yang sewaktu dengannya terkena tempias taufan sonamu, oleh itu saya berpesan kpd anda dan diri saya sendiri elakkan dr bermain di tepian pantai.
Oleh kerana faktor hujan di sebelah petang hampir setiap hari, program aku untuk membakar lemak (Cardio workout) aku terpaksa culik sorang budak gemuk kat dalam kampung nie lalu aku bakar lemak2 yg ada pada tubuhnya menggunakan dapur gas...asalkan ada aktiviti pembakaran lemak di sebelah petang...whahahahahahah (gelak syaiton).....takderlah aku taklah seteruk itu saje jer nak lebih2....hehehe klu waktu petang hujan aku akan buat Front support a.k.a Pumping a.k.a Tekan Tubi...a.k.a...a.k.a.... aku harus kekal cergas, klu tak esok hari nyer lemau jer nak turun kerja.....
Memandangkan petang tadi cuaca cerah, balik jer kerja aku terus tukar baju, tukar mata (contact lens) terus pecut ke tempat jogging terletak berdepan dengan Taman Awam...kalau di Marudi dulu aku selalu jogging di atas trek balapan, tapi kat sini agak mencabar aku terpaksa berjogging naik bukit dan turun bukit. memang kaki agak berat, sebab terpaksa berlari dan mendaki dalam masa yang sama....
Waktu aku jogging dalam minggu lepas ada seorang uncle tu macam orang arab pun ada macam orang Pakistan pun ada..aku perasan dia ada perhati kasut aku masa aku tengah jogging, waktu aku amik nafas masa habis dia pun bertanya:-
Him: Your shoe is very light right?
Me: Yeah its kinda light.. :)
Him: You felt like floating when you run right?
Me: Hahaha....not really felt like floating, but its comfortable.
Him: How much do you pay for that shoe?
Me: one hundred and fifty ringgit only
Him: in Miri ( dia macam tekejut)
Me : yeah in Miri, its just Gred 5A shoe made in Vietnam...:P kuang,kuang, kuang
hahaha mana tak tekejut dia tengok kasut Nike Airmax fitsole tapi harga RM 150 biar betik budak nie klu kat pasaran mungkin harga dia dlam RM 300++ or RM 400++, pengajaran nyer kat sini aku boleh kata aku beli kasut nie RM400++ tp aku tak nak membohong tambah2 lagi dengan orang tua, rasa bersalah sangat2 klu aku membohong, apa guna nak berlagak dengan orang lain bukan dapat apa2 pun...hehehe biarlah orang nak kata kita bendul, yang penting kita tahu siapa kita. heee (satu lagi post yang takde kene mengena dengan tajuk :P)
Sekian...

Masa untuk mendaki bukit yeeha!!!!
uncle nie macam tau-tau jer aku amik gambor dia
what goes up must go down, senyum jer masa turun bukit waktu naik bukit sengsara rasa, sebenarnya kalau kita tengok di sebelah kiri kita boleh nampak laut tapi akibat jerebu x dapat aku nak amik gambor.
waktu balik dari jogging ada kawan tumpang cuci motor kat rumah, aku duduk sambil tengok orang cuci motor terdetik dalam hati, bilalah aku nak dapat beli motor macam nie. tunggu peraduan gores dan menang jerlah....huhuhu
(tiba-tiba terpost perkara yang tak ada kena mengena dengan tajuk :P)
Waktu aku jogging dalam minggu lepas ada seorang uncle tu macam orang arab pun ada macam orang Pakistan pun ada..aku perasan dia ada perhati kasut aku masa aku tengah jogging, waktu aku amik nafas masa habis dia pun bertanya:-
Him: Your shoe is very light right?
Me: Yeah its kinda light.. :)
Him: You felt like floating when you run right?
Me: Hahaha....not really felt like floating, but its comfortable.
Him: How much do you pay for that shoe?
Me: one hundred and fifty ringgit only
Him: in Miri ( dia macam tekejut)
Me : yeah in Miri, its just Gred 5A shoe made in Vietnam...:P kuang,kuang, kuang
hahaha mana tak tekejut dia tengok kasut Nike Airmax fitsole tapi harga RM 150 biar betik budak nie klu kat pasaran mungkin harga dia dlam RM 300++ or RM 400++, pengajaran nyer kat sini aku boleh kata aku beli kasut nie RM400++ tp aku tak nak membohong tambah2 lagi dengan orang tua, rasa bersalah sangat2 klu aku membohong, apa guna nak berlagak dengan orang lain bukan dapat apa2 pun...hehehe biarlah orang nak kata kita bendul, yang penting kita tahu siapa kita. heee (satu lagi post yang takde kene mengena dengan tajuk :P)
Sekian...
Sifat Aku Berdasarkan Nama
Bismillah Semasa waktu santai di dalm office, aku saja melayari web tiba2 aku terbuka satu web yang menarik perhatian...mengetahui sifat individu di sebalik nama...hahaha aku suka main2 jer tapi tak percaya pun, apa yg digunakan adalah perkiraan matematik untuk mengetahui maksud nama...aku pun pun try dan inilah hasilnya....hahahaha rupanya sifat aku ada persamaan dengan sifat perkiraan nama Adolf Hitler.....Hail Hitler!! MOHD ASYRANI Mengandung Arti: - Kerusakan, kebinasaan dan kematian - Sakit, Cacat, keributan, hukuman dan lupa pada kewajiban - Kekuatan - Durjana/tidak beribadah - Berhasil dengan baik, cerdas dan beruntung - Spiritual, mistik, kepercayaan pada roh - Kesesatan dan kedukaan - Kesempurnaan dan kebaikan - Kebijaksanaan, penciptaan dan kegaiban - Bengis, ketus dan kedukaan - Ambisius/gemar/bernafsu mengejar kehormatan p/s: naka main2 boleh percaya jangan...:) |
Monday, January 14, 2013
HARI INI
Bismillah.....
Hari nie lain dari yang lain banyak benda yg menarik terjadi, mungkin tak menarik bagi orang lain,
waktu pagi dalam pukul 9.00a.m aku dengan bersemangatnya pergi ke OUM (Open University Malaysia) sbb nak tanya beberapa soalan untuk smbung belajar,(rasa teringin nak smbung IJazah) sampai2 kat depan pintu OUM alangkah kecewanye rupa-rupanya OUM Miri tutup hari Isnin :P buta jer aku pergi, ye lah manalah nak tahu hari isnin tutup selalunya semua kolej or bahagian pentadbiran beroperasi hari isnin.
(x pe sekurang-kurangnya dpt kuar jalan2 a.k.a rempit waktu kerja walau sekejap cuma)
Dah masuk tengahari pulak aku dapat berita yang kawan aku dapat transfer balik ke semenanjung, aku tumpang gembira jer sbb aku belum pernah mintak transfer lagi, bukan kawan di office jer kawan2 yang kerja kat tempat lain pun dapat pindah jugak, diorang dapat transfer mungkin ada intake baru yang akan ganti diorang.
Masuk petang pulak bila masuk waktu asar, seperti kebiasaanya aku akan ke masjid untuk berjemaah sebb masjid sebelah office jer jadi tak ada alasan nak elak berjemaah. elok2 masuk pintu masjid jer aku tersentap sekejap sebab ada jenazah wanita (klu x silap) dekat depan pintu masuk...aku terus befikir macam2 apalah nasib si mati nie...lepas tu aku x sengaja terfikir macam mnalah klu aku duduk kt tempat dia,,,adakah pahala aku berat di sebelah kanan or berat sebelah kiri..... Ya Allah ampunkanlah dosa2ku...... Allah telah mengingatkan aku tentang mati... Alhamdulillah.
pukul 4.32petang punch card merempit balik kerumah, ingatkan nak jogging petang nie tp apakan daya cuaca tak mengizinkan hujan turun di petang hari, aku pun duduk di atas kerusi malas lalu mengupdate blog aku nie, tiba2 aku rasa nak masak cucur ikan bilis pulak, okay bye aku nak pegi masak cucur dulu (mane tak makin chubby tiap2 petang masak cucur)
kasut dah ready utk berjogging tak pe esok jerlah
Post Script: Majulah sukan untuk negara...eh x de kena mengena ek? ah lantaklah..... :P

Sunday, January 13, 2013
Aku yang mengenang sesuatu
Bismilllah...
wow lama dah tak memblogkan diri, rasa-rasa macam aku update setahun skali jer blog aku nie (memang pun), dah nama pun dunia sepi amat sepi sekali hidup aku nie xde bende yg menarik yang belaku kat aku yeah my life is kinda boring(aiseh kecek org putih pulok)...takkan nak citer pasal masuk jamban, makan mee maggi di tengah malam, dapat MC 5 hari :P, main konda-kondi dengan anak jiran takkan nak citer kan.kan..kan.. tp tak kisahlah masing2 punya hal semua bebas bersuara tentang apa yang diorang rasa...
Sebenarnya, bkn xde benda yg menarik yg belaku tapi aku sendiri tak perasan, masuk tahun nie 2013 dah nak masuk 5tahun aku di perantauan..... sepanjang 5tahun tu siapa sangka, aku hidup berdikari, berlari, hati dicuri, kena duri,masak kari dan berbagai-bagai ri lagi....Siapa sangka aku yg orang kata anak manja (sbb aku anak jantan sorang dlm kluarga) x kisahlah mulut org....5 tahun yg lepas aku datang sorang diri ke bumi Sarawak nie, dh la first time naik kapal terbang dua kali flight pulak tu...merata aku tanya org, smpai org pun naik meluat, sbb klu malu bertanya sesat jalan betul tak...kan..kan..kan.. :)
Dari aku tak pandai masak sampai aku boleh memasak(sekarang nie pun aku x pandai masak just untuk lepas tengkuk sendiri jer..hehehe) rupa-rupanya memasak nie tak susah hanya perlu tahu bahan2 asas jer, sonang baitu, dari diri nie tak terurus muka berminyak, badan x jaga sampaila terurus skit atas motiBASI diri sendiri...dari xde apa2 sampai lah ada motor dan kereta sendiri(walaupun kereta ada kat kampung), tapi dari segi jodoh jeng..jeng..jeng aku tak nak cerita lebih2 biarlah aku redha dengan ketentuan Ilahi (fulamak macam lirik lagulah) Lisa kenapa ko kawin dengan Yusry ko kata nak tunggu aku..wahahahaha okey itu dah melebih2 nama dia..
Pagi tadi Ayah aku ada call, terkejut gak sebab ayah selalu telefon cellphone(amboi cellphone, AMARIKA mu) aku tapi tadi call telefon rumah aku, ingatkan siapa tadi...dia call tanya aku nie dah lama kat rantauan orang bila lagi nak balik, aku pun tak tau nak cakap mcam mana apa yang mampu cakap tengoklah dulu, ye lah kami jumpa pun dalam setahun dua tiga kali jer paling lama aku balik kampung pun 2 minggu jer. korang yang dapat kerja dekat dengan kampung tu bersyukurlah, aku kat sini nak balik kampung x dapat nak balik on the spot....macam kejadian bulan Mac tahun lepas Opah meninggal dunia aku memang x sempat jumpa perjalanan hampir satu hari, dpat berita pun dlam pkul 7pagi, ayah aku call suara dia tersekat-sekat tahan menangis (siapa sangka sebelum nie aku tak pernah lagi aku tengok/dengar ayah aku yang agak tough tu menangis) aku dah dapat agak dah yang Opah pergi buat selama-lamanya - Al-fatihah.. sbb sebelum nie aku tahu opah sakit... Angah bukan tak nak balik waktu opah sakit tapi aku tengah tunggu harga tiket kapal terbang murah skit, aku dh beli tiket utk balik sebenarnya tp kita hanya merancang tuhan yg menentukan Opah pergi dulu...
tiket yg dah di beli terpaksa 'burn' macam tu jer... terima kasih kepada Chief Clerk yang memberi pinjam aku wang untuk aku beli tiket on the spot kat kaunter Penerbangan dan terima kasih juga kepada semua warga PTK Miri atas segala bantuan..masa dalam perjalanan pramugari yang selalu senyum bila menyambut passenger serba salah masa tgok aku nak senyum ke tak, sbb dia perasan mata dan muka aku merah sbb menahan perasaan,,,ada genangan air mata..macam2 aku pikir bagaimana pula klu perkara ini belaku pulak dengan orang yang paling dekat dengan aku...memang aku takkan dapat jumpa dengan mereka buat selama-lamanya..sebab tu aku kata buat mereka yang tempat kerja dekat dengan keluarga bersyukurlah dengan sesyukur-syukurnya...klu duduk atas bumi yang sama xpa lagi anytime boleh pecut balik...klu macam aku yg di seberang laut nie...entahlah, malas aku nak pikir...apa2 pun hidup mesti di teruskan...
Wallahualam..... (- - ,)

Thursday, January 10, 2013
Baru mula
Bismillah
Dengan rasminya aku telah mendelete semua post2 aku yang lepas yg boleh dianggap kurang matang, aku terbaca balik rasa macam nak tergelak sorang2...mulai hari nie satu permulaan baru bakal belaku...fuhhh
sekian, terima kasih
p/s macam surat rasmi pulok...hahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)